Bila diri disayangi...part 1

Sejak dari semalam saya mencuba nak biasakan diri dengan appearance terbaru blogger google ni.... wow... ini post pertama untuk apperance baru ini...

Hmm..Teringat lagu ukays.. Bila diri disayangi.. . adalaah menjadi satu tanggungjawab untuk menyayangi dan disayangi.... khususnya pada parents belaka... janganlah terlalu membezakan anak... kerana setiap anak yg lahir adalah anugerah yg x terhingga dan mempunyai kelebihan masing2. Sedikit kekecewaan lantaran 'double standart' yg ditonjolkan akan membentuk anak yg berperibadi negative. Antaraa sifat yg ditonjolkan adalah pemarah, pendiam, hilang konfiden, self esteem, suka menyendiri dan banyak lagi....

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
(al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Saya yakin, tidak ada ibu bapa mithali yg mendoakan keburukan buat anak2nya..Apapun rupa & sahsiah  mereka... tidak akan mengubah seinci pun title itu. Lantaran kenakalan anak-aanak yg hadir tika ini adalah ujian daripada Allah untuk menguji kita, InsyaAllah. Jika kita pandang kebelakang, melihat kembali perjalanan dan sejarah dahulu, ia mungkin akan mengeluarkan term " balasan " daripada mulut kita sendiri. Sedemikian susah kita menjaga dan mendidik mereka samalah seperti yang ibubapa kita lalui pada zaaman muda mereka.

Adakah kita anak yang disayangi??? Adakah anak kita disayangi????
Jaawapan utama bagi soalan diatas kini jelas... walaupun saya bukan aanak kesayangan dan berasal dari keluaarga kebanaykkan... tapi situasi  double standard memang jelas dan utuh seadanya. Tapi itu adalh iktibar bagi saya untuk lebih mendidik & menyayangi  anak2 sama rata.InsyaAllah. Kerana kesannya tidak dapat ditandingi dengan perkataan... Subhanallah!

Saban hari .hati ini sering berkata-kata" Ya Allah, semoga aku dapat menjaaaga dan mendidik anak-anak ku sehingga mereka berkahwin kelak dan supaya diriku ini bersabaar n kuat untuk melalui zaman mendidik aanak. Aku mahu anak2 ku gembira dan membesar dengan positif dan sihat. Kau kuatkanlah hati ini Ya Allah"",

Menjadi ibu paada 2 girls, Ameera & Aleesya memang sanagt positif. Setiap hari saya bergelumang dengan azam baru untuk memberikan pendekatan terbaik buat mereka... tapi kadang2 saya terkucil juga... x semena2 memarahi hari mereka... itulah terjadi bila emosi dan syaitan menguasai diri....

bersambung




Comments

Popular posts from this blog

Anak tudung Ninja!!!

Anak tudung menutup dagu--versi Safiya

DIY...Pola Tudung, Anak Tudung..